1988 SPI 7 - Penyertaan pelajar Dalam Pertandingan Sukan NGO.pdf

1988 SPI 7 - Penyertaan pelajar Dalam Pertandingan Sukan NGO.pdf, updated 11/23/17, 2:29 AM

visibility1342

About Global Documents

Global Documents provides you with documents from around the globe on a variety of topics for your enjoyment.

Global Documents utilizes edocr for all its document needs due to edocr's wonderful content features. Thousands of professionals and businesses around the globe publish marketing, sales, operations, customer service and financial documents making it easier for prospects and customers to find content.

 

Tag Cloud

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
PARAS 5 BLOK J (SELATAN)
PUSAT BANDAR DAMANSARA
Telefon: 2556900
50604 KUALA LUMPUR
Kawat: 'PENDIDIKAN'
___________________________________________________________________________
KP(BS)8591/Jld.III(9)
10 Mac, 1988.

Sernua Pengarah Pendidikan Negeri.

Y.B Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1988:
Penyertaan pelajar Dalam Pertandingan
Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan
Atau Badan Induk Sukan

Kementerian Pendidikan sentiasa menggalakkan penyertaan para pelajar dalam apa juga
aktiviti sukan dan memperakukan bahawa sukan sememangnya penting untuk membina
ketahanan diri dan kesihatan di samping memupuk perkembangan jasmani, rohani dan emosi
pelajar-pelajar. Di samping itu, sukan sebagai sebahagian dari kegiatan ko-kurikulum yang
diwajibkan di sekolah-sekolah, adalah juga merupakan satu-satunya saluran yang berkesan
bagi memupuk persefahaman dan perpaduan di kalangan para pelajar.

2. Selain dari Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), pelbagai pertandingan dan
kejohanan sukan untuk pelajar-pelajar mengikut peringkat umur juga diadakan oleh Persatuan
atau Badan Induk Sukan sama ada secara persendirian atau pun dianjurkan bersama dengan
MSSM. Ada kalanya pemilihan juga dibuat dari kalangan pelajar untuk membentuk pasukan
yang akan mewakili
negeri/negara
ke
pertandingan dan
kejohanan peringkat
kebangsaan/antarabangsa.

3. Usaha Persatuan atau Badan Induk Sukan itu untuk memajukan sukan di negara ini amatlah
dialu-alukan serta wajar diberi sokongan. Akan tetapi satu gejala yang kurang diingini ialah
apabila penyertaan pelajar-pelajar dalam pertandingan atau kejohanan tersebut termasuk
ketika menjalani latihan, tidak diketahui atau di luar pengetahuan pihak sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri. Hal ini perlu diperbetulkan kerana
keperluan-keperluan tertentu harus dipenuhi sebelum seseorang pelajar itu dibolehkan
mengambil bahagian.

4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan utnuk mempastikan bahawa keperluan-keperluan berikut
dipenuhi sebelum pelajar-pelajar dibenarkan mengambil bahagian dalam mana-mana
pernilihan, latihan, pertandingan. dan kejohanan sukan anjuran pihak luar (secara bersendirian
atau dianjurkan bersama dengan MSSM), supaya kepentingan, kebajikan, keselamatan dan
kesejahteraan pelajar-pelajar sentiasa terjaga.
i.
Pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan yang akan disertai oleh pelajar
itu diketahui oleh pengetua sekolah yang berkenaan dan dipersetujui oleh
Pengarah Pendidikan Negeri.
ii.
Persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga yang
membenarkan pelajar mengambil bahagian dalam pemilihan. latihan,
pertandingan atau kejohanan pada tarikh, tempat dan masa yang tetapkan.
iii.
Penyertaan dalam pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan anjuran
badan luar atau dianjurkan bersama dengan MSSM itu tidak akan mengganggu
atau menjejaskan persekolahan pelajar.
iv.
Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada
disediakan.

5.
Setakat mana yang boleh, adalah disarankan supaya pelajar-pelajar yang mengambil
bahagian dalam pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan sukan anjuran pihak
luar (secara bersendirian atau dianjurkan bersama dengan MSSM) diawasi oleh guru
pembimbing dari sekolah pelajar yang berkenaan. Langkah ini adalah wajar sebagai
usaha sekolah untuk mengikuti dengan dekat perkembangan yang berlaku ke atas
pelajar-pelajar serta menentukan bahawa pelajar-pelajar terhindar dari kelakuan atau
pengaruh yang tidak diingini.


6.
Jasa baik Y.B Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk menyampaikan Surat Pekeliling
ini kepada sernua sekolah di bawah jagaan Y.B Datuk/Tuan/Puan bagi makluman guru-
guru dan pelajar-pelajar.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,



b.p Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendiclikan Malaysia.

s.k

1.
Y.B. Sdr. Anwar bin Ibrahim
Menteri Pendidikan Malaysia.

2.
Y.B Encik Woon See Chin
Timbalan Menteri Pendidikan.

3.
Y.B. Dr. Leo Michael Toyad
Timbalan Menteri Pendidikan.

4.
Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.
Ketua Pengarah Pendidikan
Kernenterian Pendidikan Malaysia.

6.
Timbalan Ketua Setiausaha I,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

7.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

8.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

9.
Timbalan Ketua Setiausaha II,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

10.
Ketua-Ketua Bahagian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

11.
Ketua Unit Perhubungan Awam,
Kementerian Pendidikan Malaysia.