1971 SPI 1 - Perkhidmatan Masyarakat dan Muhibah Di Sekolah.pdf

1971 SPI 1 - Perkhidmatan Masyarakat dan Muhibah Di Sekolah.pdf, updated 11/19/17, 7:29 AM

visibility1154
  verified

About Global Documents

Global Documents provides you with documents from around the globe on a variety of topics for your enjoyment.

Global Documents utilizes edocr for all its document needs due to edocr's wonderful content features. Thousands of professionals and businesses around the globe publish marketing, sales, operations, customer service and financial documents making it easier for prospects and customers to find content.

 

Tag Cloud

Ref: K.P. 8164/(2)
Kementerian Pelajaran,









Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.



















2hb.Januari,1 971

Ketua Pegawai Pelajaran,
Semua Negeri,
Malaysia Barat.

Pengarah Pelajaran,
Sarawak/Sabah.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1971
Perkhidmatan Masyarakat dan Muhibah
di Sekolah-sekolah

Untuk menanamkan semangat dalam sanubari semua murid di sekolah-sekolah rendah
dan menengah di antara mereka terhadap:-

(a) Muhibah

(b) Perpaduan Kebangsaan

(c) Rukunegara

(d) Perkhidmatan Masyarakat (Community Service)

maka adalah perlu bagi guru-guru besar / pengetua-pengetua mengambil langkah-langkah
positif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas di seluruh sekolah-sekolah.
Aktiviti-aktiviti yang tersebut adalah dicadangkan seperti berikut:-

(a) Sekolah-sekolah Menengah
(i) Semua persatuan-persatuan/kelab-kelab sekolah hendaklah memasukkan dalam
aktiviti-aktiviti mereka, sebilangan projek-projek perkhidmatan masyarakat dan
muhibah yang tertentu dalam rancangan-rancangan tahunan mereka.

(ii) Pertubuhan-pertubuhan pengakap, pandu puteri, pasukan kedet polis dan
pertubuhan-pertubuhan berpakaian seragam sekolah yang lain hendaklah. juga
memasukkan aktiviti-aktiviti seumpama itu dalam rancangan tahunan mereka.

(iii) Sebagai tambahan kepada di atas, guru-guru besar/pengetua-pengetua bolehlah
menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menubuhkan Persatuan-persatuan /
Kelab-kelab Perkhidmatan Masyarakat di sekolah-sekolah mereka. Ini adalah penting
terutama sekali bagi sekolah di kawasan-kawasan luar bandar yang biasanya belum
ada kelab-kelab seperti itu dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan perkhidmatan
masyarakat awam atau kementerian-kementerian yang lain. Persatuan-persatuan
Perkhidmatan Masyarakat Sekolah-sekolah ini akan menyelaraskan aktiviti-aktiviti
mereka dengan pertubuhan-pertubuhan perkhidmatan masyarakat yang lain dan juga
dengan jawatankuasa-jawatankuasa Muhibah di peringkat-peringkat daerah dan negeri.
Harap diambil perhatian semua PersSatuan-persatuan Perkhidmatan Masyarakat akan
menyalurkan perhubungan mereka melalui Guru-guru Besar / Pengetua-pengetua
apabila mereka itu membuat perhubungan dengan pertubuhan-pertubuhan atau
persatuan-persatuan yang ada di bawah anjuran

Kementerian Kebajikan Am, Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar,
Kementerian Belia dan Sukan.

(b) Sekolah-sekolah Rendah

Satu rancangan tahunan aktiviti-aktiviti perkhidmatan masyarakat dan muhibah
hendaklah disusun oleh tiap-tiap sekolah. Semua aktiviti seumpama itu hendaklah
diletakkan di bawah pengawasan seorang guru.

(c) Guru-guru.

Semua guru di sekolah-sekolah rendah dan di sekolah-sekolah menengah hendaklah
digalak mengelolakan aktiviti-aktiviti perkhidmatan masyarakat dan muhibah di
kalangan mereka sendiri.

Saya yang menurut perintah,



(Kum Boo)
Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.

s.k. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri.

Setiausaha Kerja,
Majlis Muhibah Negara,
Jabatan Perdana Menteri,
Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerja,
Jabatan Perpaduan Negara,
d/a Jabatan Perdana Menteri,
Kuala Lumpur.

Ketua Setiausaha.
Ketua Pengarah Pelajaran.
Timbalan Ketua Setiausaha,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran.
Pengarah Latihan Guru - 15 salinan.
Ketua Nazir Bebas - 15 salinan.
Semua Ketua-ketua Bahagian.

KB/rt.