1998 SPI 5 - Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996.pdf

1998 SPI 5 - Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996.pdf, updated 11/27/17, 3:29 AM

visibility385
  verified

About Global Documents

Global Documents provides you with documents from around the globe on a variety of topics for your enjoyment.

Global Documents utilizes edocr for all its document needs due to edocr's wonderful content features. Thousands of professionals and businesses around the globe publish marketing, sales, operations, customer service and financial documents making it easier for prospects and customers to find content.

 

Tag Cloud


____________________________________________________________________________________
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
Office ofthe Director General of Education Malavsia
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Tel : 03-2556900
Level 7 Block J Damansara Town Centre Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR
Kawat:"PELAJARAN"

KP(BS) 8591/Jld. XIV/(5)

25 Mac 1998

Semua Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua Pengarah Pendidikan Negen
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5 / 1998:
Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan
Di Bawah Akta Pendidikan 1996

Adalah dimaklumkan bahawa Akta Pendidikan 1996 telah berkuatkuasa mulai daripada 31
Disember 1997. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, maka Akta Pelajaran 1961 telah
dimansuhkan pada tarikh yang sama.

2. Sehubungan dengan penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996, maka beberapa Peraturan-
peraturan baru telah digubal dan dikuatkuasakan mulai daripada 1 Januari 1998. Peraturan-
Peraturan tersebut adalah seperti berikut:

2.1 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997;

2.2 Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma
Politeknik) 1997;

2.3 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) (Maktab
Pendidikan Guru) 1997;

2.4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kursus Pengajian dan Program Latihan) (Maktab
Pendidikan Guru) 1997;

2.5 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kursus Pergajian dan Program
Latihan Di Politeknik) 1997 ;

2.6 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;

2.7 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997;

2.8 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997;

2.9 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) (Pindaan) 1998; dan

2.10 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997.

3. Peraturan-Peraturan di bawah Akta Pelajaran 1961 dan ordinan-ordinan sebelumnya
yang tidak diliputi oleh peraturan-peraturan baru di bawah Akta Pendidikan 1996 adalah
masih
terpakai
sehingga
selesai
disemak
dan
dimansuhkan. Pemansuhan
peraturan-peraturan yang lama ini dan penguatkuasaan peraturan-peraturan yang
menggantikannya akan dimaklumkan kelak.

4. Semua Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian, Pejabat
Pendidikan Daerah,
institusi pendidikan dan sekolah adalah dinasihatkan untuk
memperolehi Akta dan Peraturan-Peraturan ini.

5. Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 seperti
yang dinyatakan di atas boleh dipesan atau dibeli daripada Percetakan Nasional Malaysia
Berhad (PNMB). Alamat syarikat tersebut dan cawangan-cawangannya adalah seperti di
lampirkan.

6. Kandungan Pekeliling ini hendaklah dimaklumkan oleh Bahagian/Jabatan Pendidikan
Negeri kepada semua Pejabat Pendidikan Bahagian, Pejabat Pendidikan Daerah, institusi
pendidikan dan sekolah.

Sekian. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"



Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1.
Y.B. Dato'Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak

Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Haji Mohd Khalid Yunus

Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn

Timbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendiclikan

7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8. Setiausaha Agung Majlis Peperiksaan Malaysia

9.
Ketua Nazir Sekolah

10. Penasihat Unclang-Undang

11. Pegawai Perhubungan Awam