About Global Documents
Global Documents provides you with documents from around the globe on a variety of topics for your enjoyment.
Global Documents utilizes edocr for all its document needs due to edocr's wonderful content features. Thousands of professionals and businesses around the globe publish marketing, sales, operations, customer service and financial documents making it easier for prospects and customers to find content.
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Office of Director General Education Malaysia
ARAS 8, BLOK E8
Level 8, Block E8
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
Government Complex Parcel E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel : 03-88846077
Federal Government Administrative Centre Fax : 03-88894548
62604 PUTRAJAYA
KP ( BS-DSR) 8787/008/2/ (19)
5 Disember 2005
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Y. Bhg. Datuk/Dato'/Datu/Tuan/Puan.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2005
PELAKSANAAN BEKERJA LIMA HARI SEMINGGU
Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 13 Tahun 2005 yang bertajuk Pelaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu
yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2005. Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan
tersebut pelaksanaan Lima Hari Bekerja akan dapat memantapkan produktiviti
dan penyampaian perkhidmatan serta menggalakkan pembelajaran berterusan
dan pembangunan diri sepanjang hayat.
2.
Kementerian Pelajaran turut mengambil maklum bahawa terdapat banyak
program pendidikan yang bersifat akademik dan kokurikulum yang perlu
dilaksanakan dalam usaha membangunkan modal
insane yang berilmu
pengetahuan , berkerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
3.
Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Permuafakatan Pengurusan
Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil 4/2005 telah bersetuju
bahawa:
3.1
Sekolah-sekolah yang telah berjaya melaksanakan program
pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari
bekerja hendaklah meneruskannya; dan
3.2 Sekolah-sekolah yang menghadapi kesulitan untuk melaksanakan
program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima
(5) hari bekerja disebabkan faktor seperti, kekangan masa, ruang
kepakaran dan lain-lain sebab, boleh menggunakan hari Sabtu
dengan syarat TIDAK melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan.
4.
Kerjasama Y. Bhg. Datuk/Dato'/Datu/Tuan/Puan adalah dipohon untuk
mengenalpasti sekolah-sekolah yang menghadapi masalah untuk melaksanakan
program pendidikan ( akademik dan kokurikulum) dalam tempoh lima hari
bekerja dan memaklumkan kepada Bahagian Sekolah supaya langkah-langkah
perlu boleh diambil dengan segera untuk mengatasi masalah tersebut.
5.
Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai
yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/
Gabungan, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg.
Datuk/Dato'/Datu/Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO' Dr. HAJI AHMAD BIN SIPON
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
s.k.
1.
Y.B. Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein
Menteri Pelajaran Malaysia
2.
Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
3.
Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
4.
Y.B. Puan Komala Devi
Setiausaha Parlimen Kementerian
5.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
6.
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
7.
timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
8.
Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran
9.
Ketia Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran
10.
Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran
11.
Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran.