2000 SPI 8 - Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab KomputerTeknologi Maklumat Sekolah.pdf

2000 SPI 8 - Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab KomputerTeknologi Maklumat Sekolah.pdf, updated 12/6/17, 2:29 AM

visibility534

About Global Documents

Global Documents provides you with documents from around the globe on a variety of topics for your enjoyment.

Global Documents utilizes edocr for all its document needs due to edocr's wonderful content features. Thousands of professionals and businesses around the globe publish marketing, sales, operations, customer service and financial documents making it easier for prospects and customers to find content.

 

Tag Cloud


_______________________________________________________________________
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
Office ofthe Director General of Education Malavsia
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Tel : 03-2556900
Level 7 Block J Damansara Town Centre Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR
Kawat:"PELAJARAN"
KP (BS) 8591/Jld.XVI (8)
15 Mac 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri,

Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan

SURA T PEKELILING IKHTISAS BIL. 8 / 2000:
Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Kelab Komputer di sekolah-sekolah telah mula ditubuhkan pada tahun 80-an atas inisiatif
pihak sekolah sendiri. Sejak dari itu, pelbagai program Teknologi Maklumat telah mula
diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan sehinggalah kepada pelaksanaan
Sekolah Bestari, iaitu salah satu daripada aplikasi utama dalam Koridor Raya Multimedia
(MSC). Bagi menjayakan matlamat aplikasi tersebut, semua sekolah adalah digalak untuk
menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat.

2.
Dalam menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat ini, pihak sekolah
diingatkan supaya mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,
iaitu PU (A) 1996/98. Bersama-sama ini disertakan panduan untuk sekolah-sekolah yang
berminat menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat.

3.
Surat Pekeliling Ikhtisas ini berkuatkuasa serta merta dan hendaklah dibaca bersama-
sama dengan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas yang berikut:

a. Bil. 6/1988 :
Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah.

b. Bil. 12/1998 :
Larangan Menjalankan Jualan Terus di Sekolah-Sekolah.

c. Bil. 6/1992 :
Penerimaan Hadiah dan Sumbangan Daripada Pertubuhan,
Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar.

d. Bil. 3/1997 :
Program dan Aktiviti Sekolah yang melibatkan Dasar dan/
atau Pungutan Wang.

4.
Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1986 : Panduan
Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah adalah dibatalkan.

5.
Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada pegawai-pegawai yang berkenaan di
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato'/ Tuan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"




sk
1.
Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia



2.
Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan



3.
Y.B. Dato' Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan



4.
Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd. Khir


Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan



5.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan



6.
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan



7.
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan



8.
Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan



9.
Ketua Nazir Sekolah

10. Pegawai Perhubungan Awam




PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN
KELAB KOMPUTER/TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH

1. Pendahuluan


1.1
Dunia sekarang berada dalam era maklumat, di mana Teknologi
MakLumat memainkan peranan yang penting untuk kejayaan masa depan dalam
dunia tanpa sempadan. Selaras dengan perkembangan ini, Sistem Pendidikan
Kebangsaan haruslah mengoptimumkan penggunaan Teknologi Maklumat untuk
tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan ini,
panduan penubuhan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah perlu diberi
penekanan baru kerana:


a. Teknologi Maklumat sentiasa berkembang dan berubah;


b. Kepesatan kemasukan pelbagai program Teknologi Maklumat ke
sekolah;


c. Teknologi Maklumat merupakan penyokong kepada pengajaran dan
pembelajaran bestari; dan/atau


d.
Ketidakseragaman dalam penubuhan dan perkembangan Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah,


1.2
Tujuan panduan ini ialah untuk memberi panduan kepada guru-guru
bagaimana hendak:


a. Menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah;


b. Merancang aktiviti; dan


c. Mengurus dan mentadbir kelab.

2.
Matlamat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi
Maklumat, matlamat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah ialah untuk
membolehkan murid mendapat pengetahuan dan menguasai kemahiran asas
Teknologi Maklumat. Selain daripada itu, murid boleh meningkatkan keupayaan
pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan Teknologi
Maklumat pada masa kini dan akan datang berlandaskan nilai-nilai murni yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

3
Objektif Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Matlamat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah boleh direalisasikan melalui
objektif yang berikut:

a.
Pengetahuan.

i.
Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan
sistem computer/Teknologi Maklumat.

ii.
Membimbing murid mengetahui sistem pengoperasian komputer.

iii
Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam
pelbagai disiplin ilmu.

iv. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan
dengan komputer dan Teknologi Maklumat.

b.
Kemahiran.

i.
Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai
melalui penggunaan Teknologi Maklumat.

ii.
Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu/kumpulan melalui
kemudahan Teknologi Maklumat dan sistern rangkaian komunikasi.

iii. Menguasai kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid
membangunkan sesuatu sistem.

c.
Nilai.



i. Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat.

ii.
Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid, antara
kelab, dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.

4.
Penubuhan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

4.1 Sekolah digalakkan untuk menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat
dan mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) PU (A)
196/98 yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

4.2 Permohonan untuk menubuhkan kelab hendaklah dibuat secara bertulis kepada
Pengetua/Guru Besar dengan mengemukakan perkara-perkara seperti
perlembagaan kelab, senarai ahli, dan senarai aktiviti utama kelab.

4.3 Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah boleh menggunakan kemudahan
makmal komputer yang sedia ada di bawah program Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) seperti Komputer Dalam Pendidikan, Reka Cipta, sekolah
Bestari, Perkomputeran Tingkatan 6 dan mata pelajaran Teknologi Maklumat.

4.4 Pihak sekolah juga boleh mendapatkan bantuan daripada badan-badan yang
berikut setelah mendapat kelulusan daripada Pendaftar, iaitu:

a. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah
(LPS).

b.
Syarikat komputer swasta.

c.
Sumbangan luar KPM seperti badan korporat dan orang perseorangan.

4.5 Dasar Penubuhan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat ialah:


a. Kelab Komputer /Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah didaftarkan
dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.


b. Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah dijalankan
sebagai aktiviti ko-kurikulum.


c. Keahlian kelab adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu
bapa,


d.
Aktiviti Kelab Kompyter/Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah dijalankan
di luar jadual waktu sekolah supaya tidak menganggu proses pengajaran
dan pembelajaran.


e. Jumlah waktu belajar secara "hands-on" hendaklah tidak kurang daripada
2 jam seminggu bagi seseorang murid.


f. Sebarang penglibatan pihak luar KPM dalam aktiviti Kelab Komputer /
Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah:


i. mendapat kebenaran bertulis daripada JPN masing-masing.


ii,
mematuhi Peraturan-Peraturan Ikhtisas, Kewangan dan Perkhidmatan
yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

g. Sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak luar hendaklah diteliti
implikasinya oleh pihak sekolah dan seterusnya diluluskan oleh pihak JPN
sebelum ditandatangani oleh pihak Persatuan Ibu bapa dan Guru atau
Lembaga Pengelola Sekolah.

h.
Sekiranya komputer dibekalkan oleh phak KPM atau disumbangkan oleh
mana-mana pihak, maka kadar bayaran yang dikenakan kepada ahli kelab
adalah ditentukan oleh Pengetua/Guru Besar dengan mendapat kelulusan
daripada Pendaftar.


i. Sekiranya komputer disewa daripada syarikat komputer oleh pihak
PIBG/LPS maka kadar bayaran yang dikenakan untuk ahli kelab adalah
ditentukan oleh Pengetua/Guru Besar dengan persetujuan PIBG serta
mendapat kelulusan Pendaftar, Pihak sekolah perlu memastikan
murid-mund yang tidak mampu juga diberi peluang untuk menjadi ahli Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah dengan kadar yang minimum.
Yuran Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah yang disimpan dalam
akaun PIBG hendaklah dikawal oleh Pengetua/Guru Besar selaku
Penasihat PIBG.


j. Sekiranya tenaga pengajar adalah dari pihak syarikat swasta, pihak sekolah
perlu mendapatkan kebenaran Pendaftar dan juga menentukan kesesuaian
kandungan pengajaran yang disampaikan kepada murid.


k. Aktiviti Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah seharusnya meliputi
semua kemahiran asas sehinggalah aktiviti-aktiviti pengayaan yang lebih
mencabar dan bersesuaian dengan kebolehan ahli.


l. Semua perisian yang digunakan mestilah berlesen.

m. Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab mengawal kutipan dan
simpanan wang kelab.

n.
Pendaftar/Pengetua/Guru Besar boleh secara bertulis mengarahkan kelab
dibubarkan sekiranya beliau berpuas hati bahawa kelab tidak menjalankan
aktiviti yang membawa manfaat kepada murid sebagaimana yang tercatat
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) PU (A) 196/98.

5. Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

5.1 Organisasi dan Pengurusan Kelab.

5.1.1
Kelab perlu mempunyai perlembagaan yang diluluskan oleh
Pengetua/Guru Besar. Perlembagaan Kelab mesti merangkumi
perkara-perkara seperti nama dan logo kelab, dasar, matlamat dan
tujuan penubuhan kelab, keahlian, yuran, bilangan ahli jawatankuasa,
guru penasihat dan mesyuarat agung.

5.1.2 Guru Penasihat.


a. Sesebuah kelab perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua
orang guru penasihat yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.


b. Guru penasihat harus dipilih dari kalangan guru yang
mempunyai minat mendalam dan motivasi tinggi serta
mempunyai dedikasi serta penglibatan ikhtisas yang
sepenuhnya,


c. Antara peranan guru penasihat ialah:


i. Menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh

murid-mund.

ii. Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang:

menarik dan memupuk minat murid yang berbeza-beza
kebolehan dalam menggunakan komputer.
Mempunyai keseimbangan dari segi nilai pengetahuan, nilai
sosial, dan nilai rekreasinya.


iii. Mengaturjadual (schedule) bagi penggunaan komputer oleh
ahli-ahli dan pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli
jawatankuasa.


iv. Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan serta
memantau aktiviti yang dijalankan.

v. Mengadakan perhubungan dengan penasihat Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat sekolah-sekolah lain dalam
usaha mendalami pengetahuan dan mempelbagaikan
aktiviti kelab.


vi. Mengadakan satu sistem kawalan kutipan yuran dan
perbelanjaan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah.

vii.
Menyelaras dan mengawal selia kegiatan yang
dijalankan oleh tenaga pengajar swasta.



d.
Penasihat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah digalakkan
mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
Teknologi Maklumat.

5.1.3
Jawatankuasa


a. Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada murid-murid yang
bertanggungjawab


b. Jawatankuasa kelab adalah terdiri daripada

Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
(perlu menyimpan rekod kutipan yuran dan

perbelanjaan pegangan tunai sekiranya kelab

tersebut tidak melibatkan pihak luar).
dan

Ahli Jawatankuasa (bertindak sebagai Ketua Kumpulan dan

bilangannya bergantung kepada bilangan ahli

kelab).


c. Ahli Jawantankuasa perlu diberi latihan yang sesuai untuk membolehkan
mereka membantu guru dalam penyeliaan kerja amali,


d. Pengiktirafan hendaklah diberi kepada ahli jawatankuasa sebagai insentif.

5.1.4
Keahlian.


a. Keahlian dikira gugur apabila seseorang ahli meningalkan sekolah,
melanggar peraturan kelab atau melanggar Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia) 1998 yang
termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.


b. Setiap ahli diwajibkan menghadir semua aktiviti yang dirancang.


c. Setiap ahli hendaklah mematuhi semua peraturan kelab.


d. Untuk sesi "hand-on", tidak lebih daripada 2 orang murid diperuntukkan
kepada sebuah komputer pada sesuatu masa.

5.1.5
Kewangan.


a.
Semua kutipan dan perbelanjaan wang oleh Kelab Komputer/Teknologi
Maklumat Sekolah hendaklah direkod dan Pengetua/Guru Besar adalah
bertanggungjawab menyelia dan mengawal kutipan dan perbelanjaan
wang kelab.

b. Pegangan tunai tidak melebihi RM200.00 hendaklah dipegang oleh
Bendahari Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah pada sesutu
masa.

c.
Pendaftar dan Pengetua/Guru Besar dibenarkan memeriksa pada
bila-bila masa kewangan kelab sekiranya yuran kelab disimpan dalam
akaun PIBG.

5.1.6 Penggunaan Kemudahan Kelab Komputer/Teknologi Maklurnat.

a.
Keutamaan kegunaan kemudahan kelab adalah kepada ahli kelab
sekiranya komputer disewa daripada syarikat swasta.

b.
Kemudahan komputer kepunyaan kelab boleh digunakan oleh guru dan
kakitangan pejabat sekolah dengan syarat kerja-kerja ini dilakukan di
luar waktu kelab mengadakan aktiviti-aktivitinya serta mendapat
kebenaran Pengetua/Guru Besar dan Guru Penasihat Kelab Komputer/
Teknologi Maklurnat.

c.
Bila kelab yang menggunakan kemudahan makmal computer
kepunyaan sekolah, Pengetua/Guru Besar dan Guru Penasihat
hendaklah mengatur jadual penggunaan kemudahan tersebut untuk
kelab.

5.2
Aktiviti Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah.

5.2.1
Latihan.

a.
Latihan untuk ahli boleh dikendalikan oleh guru penasihat, guru pernbantu,
murid-murid yang telah mahir, pengajar swasta atau pengajar sambilan.

b.
Latihan boleh dibuka kepada murid lain dan guru-guru di sekolah
Berkenaan dengan syarat mereka juga mernbayar yuran yang ditetapkan
oleh kelab.

c.
A,ntara latihan yang dicadangkan ialah:

i.
Sesi pendedahan kepada komputer
(Computer awareness sessions),

ii.
Pengajaran pengaturcaraan;

iii.
Penggunaan perisian pendidikan dan perisian aplikasi;

iv.
Penggunaan sistern 'authoring'

v.
Capaian internet;

vi.
Pembangunan laman web; dan

vii. Pembinaan aplikasi sistem.

5.2.2
Aktiviti Kurikulum Lanjutan Komputer Dalam Pendidikan.

Aktiviti dan latihan yang terkandung dalam kurikulum Komputer Dalam
Pendidikan (KDP) Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian
Pendidikan Malaysia boleh diguna pakai untuk tujuan latihan peningkatan
pengetahuan dan kemahiran.

5.2.3
Aktiviti Am.

Antara aktiviti lain yang boleh dijalankan termasuk:

a.
Surat berita (newsletter)lbuletin,
b.
Perjumpaan/mesyuarat kelab,
c.
Seminar/ceramah/perbincangan/debat/kuiz.
d.
Lawatan.
e.
Pameran/Hari Terbuka.
f.
Tayangan filem/video/slaid.
g.
Kerja-kerja penyelidikan dan pemnbangunan perisian.

5.3 Laporan aktiviti kelab hendaklah dikemukakan kepada Pengetua/Guru Besar
dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat pertama kelab. Sekiranya terdapat
perubahan dalam perlembagaan kelab, ahli jawatankuasa kelab atau ahli,
umpamanya, laporan mesti dikemukakan secara bertulis kepada Pengetua/Guru
Besar dalam ternpoh 14 hari daripada perubahan tersebut.

6.
Infrastruktur Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

6.1 Infrastruktur kelab terdiri daripada:

a.
Makmal/Bilik Kornputer.
b.
Perkakasan.
C.
Perisian.

6.2 Makmal/Bilik Komputer.

6.2.1 Bagi menjamin keselesaan murid dan guru, pengurusan fizikal makmal/bilik
komputer hendaklah mengambil kira:

a.
saiz makmal/bilik.
b.
bilangan murid
C.
nisbah murid : komputer

6.2.2 Makmal/Bilik komputer sebaik-baiknya berhawa dingin.

6.2.3 Makmal/Bilik Komputer harus menggunakan meja komputer yang sesuai.

6.2.4 Unit pengimbang kuasa (power stabilizer units) adalah dinasihatkan
dipasang, terutamanya bagi kawasan yang sering mengalami gangguan
elektrik.

6.2.5 Makmal/bilik komputer sebaik-baiknya terletak di tingkat satu atau lebih
tinggi dan dipasang jerjak/jeriji pada pintu dan jendela bagi keselamatan
peralatan.

6.2.6 Sambungan yang berlebihan kepada satu punca kuasa (overloading)
mestilah dielakkan dan perlu mendapatkan kelulusan pihak JKR terlebih
dahulu.

6.3 Perkakasan.

6.3.1 Perkakasan komputer hendaklah memenuhi spesifikasi minimum semasa:

a.
Keperluan utama.

i)
Komputer mikro (multimedia); dan
ii)
Pencetak (1 unit untuk setiap 5 - 10 unit komputer mikro),

b.
Keperluan Tambahan (mengikut kemampuan kelab)

i)
Pengimbas,
ji)
Modem dan sambungan internet;
iii)
Rangkaian setempat (LAN);
iv) Projektor LCD atau TV dan kad; dan
v)
Lain-lain peralatan komputer.

6.3.2 Setiap komputer mikro hendaklah dilengkapkan dengan
sistem.pengoperasian yang berlesen dan sesuai dengan perisian.

6.3.3 Semua perkakasan komputer sebaik-baiknya hendaklah diinsuranskan.

6.4 Perisian,

6.4.1 Semua perisian hendaklah sesuai dengan keperluan pengajaran dan
pembelajaran serta kokurikulum di sekolah.

7. Penyelenggaraan (Makmal, Perkakasan dan Perisian)

7.1 Semua perkakasan dan perisian hendaklah direkodkan ke dalam buku stok
sebagai rekod inventori.

7.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk.

7.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan secara berkala oleh pihak
sekolah atau dengan perkhidmatan pihak luar, jika perlu

7.4 Kelab adalah digalakkan menyedia dan menyimpan salinan (backup) perisian
dan aplikasi sebagai langkah keselamatan.

8.
Peraturan Makmal

8.1 Pengguna-pengguna makmal komputer mesti mematuhi peraturan-peraturan
makmal bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara
peraturan yang perlu dipatuhi ialah:

a.
Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam makmal.
b.
Dilarang membawa masuk sebarang cakera milik persendirian ke dalam
makmal kecuali dengan kebenaran guru penasihat.
c.
Dilarang membawa keluar daripada makmal sebarang perkakasan/perisian
komputer.
c.
Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang
Terdapat di belakang komputer, atau membuka tudung komputer.

e.
Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan
makmal untuk membolehkan kelab mengesan setiap pengguna makmal.

8.2 Beberapa peraturan lain yang berkaitan adalah terserah kepada budi bicara
sekolah/ guru penasihat kelab (jika difikirkan perlu).